Thursday, May 17, 2012

SEKOLAH MENENGAH DATO' LOKMAN, KL


Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jalan Kampung Pandan (dikenali sebagai SMJK) adalah sekolah aliran Inggeris (1969), kesemua pelajar adalah lelaki dari pelbagai kaum.  Sekolah satu sesi ini mempunyai bangunan dewan, makmal sains, bengkel Seni Industri (Industrial Art laboratory), dewan jim, rumah pengetua, rumah pekerja.  Namun sekolah ini tidak ada PADANG.  Dibelakang sekolah adalah rumah-rumah (agaknya setinggan) kayu yang penghuninya kebanyakan dari kaum Cina dan India.
Sekolah ini terletak di belakang Sekolah Menengah Aminudin Baki.  Pelajar sekolah SMJK adalah berada dalam kelas peralihan, tingkatan 1 hingga 3.  Oleh kerana bilangan pelajar Melayu agak sedikit, kelas-kelas agama diadakan di waktu petang setelah selesai sesi pembelajaran sekolah.
Kebanyakan pelajar Melayu (dan juga dari kaum lain) adalah dari keluarga miskin.  Ramai yang membawa bekal ketika makan.  Di kantin, waktu itu makanan yang popular adalah mee kari (berharga 20 sen) dan air berkabonat Kick Kappoo bewarna hijau berharga 20 sen.  Di kawasan luar sekolah berhampiran pekan Kg Pandan luar ada dijual air batu yang berharga 10 sen secawan.  Jika waktu malam semangkok kerang rebus berharga 10 sen.  Saya pernah menjual kerang yang saya beli dari Pasar Borong (sekarang dah jadi PWTC) 10 kati berharga 90 sen.  Saya jual setiap 0.8 kati berharga 10 sen....
Sungguhpun harga makanan ketika itu adalah agak murah berbanding sekarang tetapi ianya tetap mahal kerana gaji  seorang lulusan LCE hanyalah 80 ringgit manakala lulusan MCE paling tinggi 300 ringgit.  Kebanyakan ibu bapa adalah pegawai rendah kerajaan dan ayah saya bergaji 180 ringgit... sewa rumah 40 ringgit, Yuran sekolah setiap bulan 10 ringgit, belanja poket yang diberi bapa hanyalah 10 sen sehari.
Gaji guru lulusan maktab adalah 310 ringgit manakala lulusan universiti adalah 720 ringgit.
Kereta yang popular pada masa itu adalah kereta Volkwagon, Fiat dan Peogeot..... kereta toyota ada tetapi tidaklah popula..... Kereta wagon (kini macam wish) adalah campuran badan besi dan kayu... Pada zaman itu TIDAK ADA PELASTIK....tiada pencemaran.... kertas yang dicampak akan mereput....
Mainan budak-budak adalah diperbuat daripada kepingan logam atau damar....
Ketika itu bas-bas yang beroperasi di Kampung Pandan Dalam adalah bas Tong Foong... bas berwarna biru muda dan putih aluminium ini bergerak perlahan dengan asap hitam.....  Tambang bas bagi kanak-kanak ke KL adalah 15 sen manakala bagi orang dewasa adalah 20 sen.
Untuk ke Kg Pandan Luar tambang bas hanya 5 sen... boleh juga guna duit 1 sen sebab terdapat laluan yang tambang bas adalah 12 sen...
Harga sebuku roti paun adalah 28 sen....
Pada zaman itu ketika semua orang adalah miskin kadar jenayah amat kecil sekali.... kadar jenayah yang besar adalah curi basikal, curi telur ayam dan curi buah-buah betik di ladang kebun sayur. Saya pernah bekerja sebagai pembantu jualan gerai buah dengan gaji 15 sen sehari.... dan penoreh getah (di Ulu Langat) dengan pendapatan purata 30 ringgit sebulan.
Kini sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Lokman mengambil nama Dato' Bandar pertama Kuala Lumpur..... entahlah    ia hanya kenangan.