Entah macam mana teringat peristiwa lama berkaitan Dato' Amir Mydin. Beliau seorang pelajar kelas sains di Sultan Ismail College Kota Bharu tahun 70an. Beliau dilantik dan disepakati sebagai monitor.. Dalam kelas beliau disenangi semua orang, rakan malah semua guru. Beliau amat menekankan disiplin. Tapi ialah sebagai monitor ada juga kawan-kawan beliau yang degil.
Pada zaman itu sekolah berkenaan amat mementingkan disiplin. Pantang tengok ada kesalahan terus kena hukum. Ada satu peristiwa yang mengingatkan betapa hebat (pada masa itu kami panggil Dato' ni mamak aje) Dato' Amir semasa zaman remaja. Amir seorang yang rajin. Ke sekolah beliau mengayuh basikal .... sampai kelas awal pagi. Sebagai monitor beliaulah akan menjerit suruh kawan kelas cepat bergerak ke makmal sains yang agak jauh dari kelas. Untuk ke makmal peraturannya kena beratur tak boleh putus. Tapi tahu ajelah ada aja benda yang tinggal, benda yang kena cari dan maka lambatlah beberapa orang kawan ni. Tengah berjalan terpaksa lalu depan ofis pengetua. Pengetua memang dah lama perhati budak-budak ni beratus bukan dalam barisan lalu di 'ambush'nya. Yang kena tangkap bukan budak-budak lambat... yang kena adalah monitor... si Amir. Kami semua pucat berdiri sebaris (semua lelaki kecuali 3 perempuan (agak lawa jugak)). Amir dipanggil pengetua... ada sesuatu yang dibualkan....tetiba 'pak' Amir kena tampar.... Lepas kena tampar terus Amir berpaling ke arah kawan-kawannya dan terus diminta bergerak ke Makmal. Dalam kepala kami apahal pulak pengetua tampar amir... Kenapa pulak Amir tak membantah malah tifdak memarahi kami kawan-kawan yang degil.... Dari peristiwa itulah kami mula menghormati AMIR MYDIN..... DIA adalah monitor paling hebat... dan memang patutlah dapat gelaran DATO'. Terima kasih kerana menjadi ketua kelas kami Tingkatan 5 Sains di SIC. Setiap kelas (tak silap ada 9 Kelas Sains termasuk kelas Nuffield) ingin jaga nama baik kelas masing-masing..... Dalam kelas 5 Sains itu ada beberapa oarang yang dipilih keluar negara.... Semuanya dah berjaya... Entahlah..
No comments:
Post a Comment