Wednesday, January 4, 2012

Wajah Wajar Diperhatikan: Siti Saleha



Oleh Atiqa Juana

Saya akui, memang saya cukup gemar semua perkara berkaitan seni, namun bakat seni saya terhenti pabila lakonan dan nyanyian menjadi ukuran.

Ini juga sebab mengapa saya begitu mudah tertawan dengan sesiapa yang mampu berlakon di hadapan khalayak ramai mahupun kamera, serta kekal tenang dan jelita.

Siti Saleha, seorang pelakon dan model dengan latar belakang kacukan Melayu-Inggeris berkongsi minat beliau dalam bidang lakonan serta fesyen, menunjukkan kematangan melampaui usia 21 tahun beliau.

Apa yang membuatkan anda memilih bidang lakonan?
Saya sememangnya meminati filem dan pelakon Hollywood. Saya lihat lakonan sebagai suatu seni yang sangat menarik. Semenjak kali pertama beraksi dihadapan kamera, saya sudah tahu bahawa inilah kerjaya pilihan. Berlakon serta mencuba pelbagai watak sangat menyeronokkan. Ia memberikan saya peluang untuk melihat kemampuan diri sendiri serta personaliti sebenar.

Bagaimana gaya peribadi anda?
Saya seorang gadis feminin. Saya gemar fesyen dan lihat ia sebagai suatu yang penting. Saya suka kasut tumit tinggi 5 inci serta kaca mata mewah. Kadang kala saya suka menggayakan dres comel dan ada masanya saya memilih menjadi gadis rock dengan leggings dan kasut tinggi.

Adakah anda lihat persamaan antara fesyen dan lakonan?
Semestinya. Ada watak yang memerlukan untuk berpakaian elok dan fesyen mainkan peranan penting untuk watak itu nampak lebih benar. Saya gemar mengunjungi pertunjukan fesyen serta majlis karpet merah.

Siapakah ikon gaya anda?
Ada beberapa. Untuk gaya santai, saya suka Rachel Bilson manakala untuk acara karpet merah, saya sukakan Nicole Kidman dan Eva Longoria.

Namakan tiga item pakaian yang anda tidak boleh hidup tanpa
Seluar jeans potongan skinny jenama Forever 21, Baju jenama Jaspal, kasut tumit tinggi jenama ALDO

Adakah anda miliki seorang pereka kesukaan?
Saya suka rekaan Anna Sui dan Roberto Cavalli. Pereka tempatan pula, saya suka WANPA dan Hatta Dolmat.

Anda dari England. Apakah perbezaan bidang lakonan di England dan Malaysia, dari sudut peluang lakonan?
Tidak banyak perbezaan. Namun saya lebih suka industri lakonan di England kerana mereka memilih pelakon berdasarkan bakat. Manakala di Malaysia, mereka tumpukan perhatian kepada wajah cantik dan potongan badan menarik. Di England, terdapat lebih kebebasan. Kritikan sesuatu yang biasa dalam bidang hiburan. Peluang di England agak sukar kerana pelakon perlu miliki loghat Inggeris yang pekat..

Sekiranya anda tidak menjadi seorang pelakon dan model, apa yang akan anda jadi?
Mungkin seorang pereka dalaman.

Ada sebarang nasihat untuk peminat yang ingin mengikut jejak langkah anda?
Ikut impian anda dan percaya bahawa anda mampu lakukan ia.

Gaya manis dan kematangan Siti Saleha adalah apa yang diperlukan untuk membawa beliau ke tahap seterusnya, mungkin juga untuk jadikan beliau pengganti Nicole Kidman di mata dunia. Sehingga minggu hadapan, saya juga akan turut menghafal skrip dihadapan pengarah dengan bantuan Siti Saleha.


Untuk maklumat lanjut tentang Siti Saleha dan selebriti lain, sila layari gtalent.my.

No comments:

Post a Comment